Rabu, 05 Februari 2014

Fifa gantung Mohamed Hammam seumur hidup

Wartawan Sinar Harian
18 Disember 2012
Mohamed Hammam
Mohamed Hammam
PRESIDEN Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam, yang berundur dari semua kedudukan beliau dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), digantung sepanjang hayat daripada semua kegiatan berkaitan bola sepak.

Warga Qatar itu merupakan Presiden Gabungan Bola Sepak Asia antara Ogos 2002 dan Ogos 2011, yang secara automatik menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Fifa.

Beliau dan Naib Presiden Fifa, Jack Warner dituduh memberi sogokan kepada ahli-ahli Kesatuan Bola Sepak Caribbean (CFU) dalam satu usaha menjatuhkan Presiden Fifa, Sepp Blatter dalam pemilihan presiden badan induk bola sepak dunia itu awal bulan ini.

Mohamed bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan berikrar untuk membersihkan namanya.

Meskipun badan bola sepak itu menegaskan Mohamed belum didapati tidak bersalah, tetapi Mahkamah Timbang tara Sukan (CAS) telah memutuskan untuk membatalkan penggantungan seumur hidup dikenakan Fifa ekoran kekurangan bukti.

Dalam satu kenyataan, laman web Fifa berkata: "Mohamed, ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa dan Presiden AFC, telah meletak jawatan daripada semua kedudukan dalam bola sepak, berkuat kuasa serta-merta dan tidak akan aktif lagi dalam bola sepak yang dianjurkannya."

Kata kenyataan itu, memandangkan di bawah kod baru etika Fifa, Jawatankuasa Etika Fifa boleh mengekalkan keputusan (penggantungan) meskipun seseorang meletakkan jawatan, pihaknya memutuskan untuk menggantung Mohamed dari semua aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak seumur hidup.

Tambahnya: "Larangan seumur hidup ini berdasarkan kepada laporan akhir Pengerusi Penyiasatan Jawatankuasa Etika Fifa, Michael J. Garcia."

"Laporan itu menunjukkan pelanggaran berulang Perkara 19 (Konflik Kepentingan) Kod Fifa Etika 2012, Mohamed pada terma beliau sebagai Presiden AFC dan sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada tahun-tahun 2008 hingga 2011, yang menjustifikasikan satu pengharaman sepanjang hayat daripada semua aktiviti berkaitan dengan bola sepak."

Mohamed muncul sebagai pencabar kepada Blatter dalam pemilihan Presiden Fifa pada Jun 2011.

Bagaimanpun Mohamed menarik diri daripada menentang Blatter, menyebabkan beliau mempertahankan jawatannya untuk penggal keempat.

Mohamed dan Warner digantung ketika siasatan masih dijalankan.
Ends

Tidak ada komentar:

Posting Komentar