Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kanak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

GAMBAR Suspek Rogol Kanak Kanak Lapan Tahun Diburu Sampai Ke Lapangan Terbang!


Mana kau nak lari!

Seorang suspek perogol anak tirinya yang  pada mulanya ‘lega’ dapat terlepas masuk ke perut pesawat, hanya mampu terdiam seribu bahasa kerana ditangkap sebaik saja tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), semalam.

Tangkapan sekitar jam 9 pagi itu dibuat sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching susulan laporan polis yang diterima minggu lepas.

Suspek berusia 38 tahun itu dikatakan merogol mangsa yang berusia lapan tahun di kediaman mereka di kawasan BDC sekitar bulan lepas.

Difahamkan, suspek ke Sibu untuk melarikan diri.

Itulah kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Ingat, pelanduk mungkin lupakan jerat tapi jerat tak mungkin lupakan pelanduk!

Sumber : Utusan Borneo
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

SEGERA Lima Beranak Ditahan Meragut Di Karnival Jom Heboh Kanak Kanak Jadi Sasaran!


Polis menahan sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka, yang dipercayai meragut barangan kemas kanak-kanak di karnival “Jom Heboh”, di Bukit Jalil, di sini Sabtu lepas.

Bapa, 52, ibu, 43, dua anak lelaki berusia 17 dan 16 tahun serta seorang anak perempuan, 13, ditahan polis di sebuah hotel mewah di Bukit Bintang pada 7 malam, Ahad lalu.

Kesemua mereka berasal dari Sabah.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata modus operandi keluarga itu menjalankan kegiatan ragut dengan menyasarkan kanak-kanak yang memakai rantai leher, gelang tangan, subang dan telefon bimbit.

“Mereka menginap di hotel… pasangan itu bersama anak-anak mereka terlibat menjalankan jenayah itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hasil siasatan polis, katanya, keluarga itu menjual barangan curi di kedai-kedai pajak gadai untuk mendapatkan wang tunai.

Mohan Singh berkata polis juga merampas sebilah gunting kecil yang dipercayai digunakan untuk memotong rantai leher kanak-kanak, sebuah alat penimbang dan sepasang subang, tiga utas gelang tangan, lima buah telefon bimbit, enam utas loket emas, 10 keping resit pajak gadai, 12 utas rantai emas dan wang tunai berjumlah RM4,640.

Beliau berkata si bapa mempunyai lima rekod jenayah ragut manakala si ibu ada satu kes yang sama.

Beliau berkata kesemua mereka direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi.

Sehubungan itu beliau menyarankan ibu bapa yang anak mereka kehilangan barangan kemas semasa pesta Jom Heboh di Bukit Jalil atau pesta lain sebelum ini agar menghubungi ASP Ong Seng Keong dari IPD Cheras di talian 019-3727888 untuk membuat pengecaman suspek dan menuntut barangan kemas. – Bernama
Read More..

Selasa, 10 Desember 2013

Terbongkar ! Kisah Foto Kanak kanak yang memegang Kepala Obama!






Jacob (baju putih berdasi) sedang memegang kepala Barack Obama dalam satu kesempatan tahun 2009. (sumber: The White House/ Pete Souza)"Saya ingin tahu apakah rambut saya sama seperti rambut kamu,"

Sudah menjadi tradisi di Gedung Putih, jika foto-foto keseharian presiden akan dipamerkan di West Wing, bahagian istana presiden Amerika Syarikat yang menjadi kantor Barack Obama. Setiap minggu foto-foto di sana diganti dengan yang terbaru. Tetapi aturan itu tidak berlaku untuk satu foto yang telah berada di tempatnya sejak 2009.

Dalam foto yang diambil oleh fotografer Gedung Putih, Pete Souza, itu tampak Obama sedang membungkuk di hadapan seorang kanak-kanak kulit hitam dan anak berusia lima tahun itu tampak memegang kepala Presiden AS.

Kini, kisah di balik foto monumental yang diambil pada 2009 itu telah terkuak oleh The New York Times.

Anak itu bernama Jacob Philadelphia yang berasal dari Columbia, Maryland, AS. Ayahnya, Charlton Philadelphia, adalah seorang marinir yang akan dipindahkan dari Gedung Putih, setelah tiga tahun bekerja di sana sebagai staf di National Security Council.

Sudah menjadi kebiasaan di Gedung Putih jika ada pegawai yang dipindahkan maka mereka diperbolehkan berfoto keluarga dengan Obama.

Selesai berfoto dan ketika keluarga Philadelphia akan pergi, Charlton mengatakan kepada Obama bahwa kedua puteranya punya masing-masing pertanyaan yang ingin mereka ajukan. Charlton dan isterinya Roseane, mengaku mereka tidak tahu apa isi fikiran kedua putera mereka.

Dan si kecil Jacob, lebih berani dari kakanya Isaac, lebih dahulu mengajukan pertanyaan kepada Obama.

"Saya ingin tahu apakah rambut saya sama seperti rambut  kamu," kata Jacob kepada Obama. Karena suaranya yang kecil, Obama memintanya untuk mengulang permintaanya.

Jacob mengulang pertanyaanya dan Obama menjawab, "Mengapa kamu tidak menyentuhnya sendiri dan melihatnya langsung." Segera setelah itu, Obama menundukan badannya dan mencondongkan kepalanya kepada Jacob, yang tampak ragu-ragu.

"Sentuh saja kawan," Obama menyemangati Jacob.

Dan ketika Jacob menyentuh kepala Obama, Souza pun mengabadikan peristiwa itu.

"Jadi, menurut kamu bagaimana?" tanya Obama setelah itu.

"Iya, rasanya memang sama," kata Jacob dengan polos kepada Obama.

Sesuai dengan kebiasaan yang telah dimulai sejak masa Presiden Gerald R. Ford, setiap pekan Souza memilih foto-foto baru untuk dipajang di West Wing. Foto Jacob pun dengan mudah menjadi favorit.

"Sebagai fotografer, anda tentu sedar ketika memiliki saat-saat unik. Foto itu dengan mudah menjadi favorit dari semua staf (Gedung Putih). Saya kira orang-orang terkejut melihat fakta bahawa Presiden Amerika Syarikat mau menunduk dan membiarkan seorang anak menyentuh kepalanya," kata Souza.

Tetapi foto itu tidak hanya tergantung di dinding West Wing. Selain beredar luas di internet, foto itu juga masih tergantung di dinding rumah keluarga Jacob.

"Sangat penting bagi anak kulit hitam untuk melihat bahawa orang kulit hitam juga boleh menjadi presiden. Anda akan percaya bahawa semua posisi mungkin dicapai jika anda melihat ada orang kulit hitam di dalamnya," tegas Charlton Philadelphia yang kini bertugas di Afghanistan.
    osseram
sumber
Read More..