Sabtu, 08 Maret 2014

Pas Tingkat pemberian BR1M bukan penyelesaian

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah penyelesaian kepada kenaikan harga barangan.

Katanya, sekiranya BR1M diberi pada kadar maksima RM1,200 untuk setahun, sebulan baru RM100.

"Hanya rakyat tahu betapa kecilnya nilai wang RM100 hari ini terutama apabila harga barangan dinaikkan dengan alasan nilai import meningkat kerana matawang Ringgit Malaysia (RM) mengecil dan kenaikan harga minyak.

"Oleh itu, Pas menyeru kerajaan BN menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Najib mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi.

Tambah Tuan Ibrahim, Najib harus mengingati peristiwa kenaikan minyak ke RM2.70 di zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyebabkan kos barangan dan sara hidup melonjak secara mendadak.

Malah katanya, lonjakkan harga barangan tersebut telah kekal sehingga ini walaupun harga minyak diturunkan ke paras RM1.90.

"Rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.

"Mudah untuk Perdana Menteri berkata inflasi masih terkawal tapi hakikatnya RM sedang jatuh merudum dan ditambah dengan konflik politik Timur Tengah yang tidak stabil.

"Apakah kerajaan BN, terutamanya Perdana Menteri menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?," katanya.

Ujar beliau lagi, selepas PRU13 hingga kini, keadaan ekonomi negara tidak banyak berubah dan langkah meningkat RM masih belum kelihatan.

 Oleh itu katanya, kenaikan harga minyak ini sememangnya tindakan memukul diri sendiri kerana ia bakal melonjakkan inflasi tatkala RM semakin mengecil.
Read More..

Jumat, 07 Maret 2014

Budak lelaki maut dihempap TV



ALOR SETAR – Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.

Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.(kosmo)
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

VIDEO Pemandu Disaman Cuba Salahkan Polis


Tidak memakai tali pinggang keledar adalah satu kesalahan yang boleh dikatakan, semua orang tahu.

Malah jangan kata di Malaysia, kebanyakan negara di dunia pun mewajibkan pemandu kenderaan memakai tali pinggang keledar apabila memandu.

Justeru apabila seorang pemandu Malaysia mempertikaikan tindakan seorang anggota polis menyamannya atas kesalahan tersebut, siapa harus disalahkan?

Dalam video di bawah, seorang pengguna jalan raya begitu marah apabila saman dikeluarkan hingga tak henti-henti menyuruh anggota polis menerangkan kesalahannya sedangkan sudah diberitahu dia tidak memakai tali pinggang keledar.

Apabila dia lebih sibuk mempersoalkan saman tersebut sambil merakam menggunakan telefon bimbit, anggota polis terlibat malas hendak melayan kerenahnya lalu meninggalkan sahaja kertas saman di tempat duduk penumpang.

Tindakan itu nyata tambah menyakitkan hati pemandu yang disaman lalu dia turun dari kereta dan merakam nombor anggota polis berkenaan.

Tindakannya itu disambut dengan senyuman mesra anggota tersebut yang terus menunjukkan nombor anggotanya sekaligus menunjukkan kesabarannya yang tinggi.

Persoalannya di sini, apa yang hendak dibuktikan oleh pemandu yang merakam lalu memuatnaik video ini di laman sosial sedangkan dia hanya mempamerkan sikap bodoh sombong, baran dan keras kepalanya?

Apa pun, tahniah diucapkan kepada anggota polis terlibat yang begitu sabar berdepan dengan pemandu semacam ini. – REM RAMZI

Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Mau Tahu Siapa Penemu Gantungan Baju


Suatu pagi di tahun 1903, Albert J Parkhouse tiba di tempat kerjanya, Timberlake Wire and Novelty Company, di Jackson, Michigan.  Ini adalah perusahaan kap lampu dan komponennya. Sampai di kantor dia hendak menggantukan jasnya di salah satu pojok ruangan yang memang sudah disediakan untuk semua karyawan. Cuma, saat itu semua paku yang dipakai untuk menggantungkan jas terisi penuh.

Dia tak kehilangan akal. Parkhouse lalu mengambil kawat dan membentuknya menjadi mirip gantungan baju yang kita lihat saat ini. Lalu dia taruh jasnya di kawat, dan kawatnya kemudian digantungkan di paku yang sebenarnya sudah terisi jas milik karyawan yang lain.

Melihat kelakuan Parkhouse, pihak perusahaan lalu muncul insting bisnisnya. Itu dianggap sebagai ide yang potensial untuk dikembangkan. Lalu perusahaan menyarankan Parkhouse mematenkan kawat gantungan baju buatannya. Pada 25 Januari 1904, dia patenkan gantungan baju itu dengan nomor #882.981. Kemudian pengembangkan dari gantungan baju ini dipatenkan lagi di tahun 1907.

Sebagian sejarawan menyebutkan bahwa penemu gantungan baju adalah Presiden Thomas Jefferson. Namun buktinya tidak tercatat paten, sehingga kebanyakan orang percaya bahwa Parkhouse-lah yang menemukan gantungan baju yang sekarang banyak kita gunakan.

Tahun 1906, Meyer May menjadi penjual baju pertama dengan merek Grand Rapids di Michigan yang menggunakan gantungan baju untuk mendisplay dagangannya. Dan saat ini, bisa dikatakan semua toko busana menggunakan alat tersebut untuk mendisplay baju. Bentuk gantungannya pun telah berkembang menjadi banyak rupa.

Read More..

Senin, 03 Maret 2014

Ibu Resah Anak Gadis Rimas Pakai Baju Lebih Selesa Berbogel

 Ibu Resah Anak Gadis Rimas Pakai Baju, Lebih Selesa Berbogel

KEMAMAN – “Sejak tiga tahun lalu, penyakit anak perempuan saya makin teruk, dia mula rimas pakai baju dan berbogel sepanjang masa,” keluh Nafisah Muda, 55, yang berdepan ujian bertimpa dalam keluarganya.

Nafisah berkata, bukan sahaja anak keempatnya menghidap penyakit misteri, malah suaminya juga perlu diberi perhatian kerana kaki kanan terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Menurutnya, keadaan anaknya, Nurhaliza Mohamad, 29, atau mesra dipanggil Mek Yah yang berbogel menyebabkan dia terpaksa dikurung dalam sebuah bilik bagi mengelakkan keluar dari rumah dalam keadaan begitu.

“Mek Yah mulai sakit selepas berhenti kerja beberapa bulan setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu sikapnya mula bertukar murung, suka termenung dan menangis secara tiba-tiba tanpa mengira masa.

“Dari sebulan ke sebulan, dia bertukar agresif dan seperti ada ‘kuasa’ kerana kekuatannya sangat luar biasa. Dia baling barang dalam rumah, tendang pintu dan ada ketikanya dia berjoget serta bercakap dengan dinding.

“Mula-mula sakit dia pakai baju sama seminggu dan tak nak tukar tapi sejak tiga tahun lalu, dia tak mahu pakai pakaian. Bila dipakaikan baju, dia koyakkan dan tanggalkan,” katanya sebak ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Kampung Semai Bakti, Felda Kerteh 6, dekat sini.

Sejak sakit, Nafisah sekeluarga membawa anaknya berjumpa pengamal perubatan tradisional dan kebanyakan mereka memberitahu anaknya itu diganggu makhluk halus.

“Ada juga bomoh mengatakan Mek Yah yang ada bersama kami sekarang hanya tinggal jasad, manakala jiwa dan rohnya berada di tempat lain.

“Dalam tempoh 12 tahun sejak dia sakit, bermacam-macam bomoh dan pengamal perubatan Islam yang kami temui termasuk Ustaz Harun Din sebagai ikhtiar tapi semuanya tak bertinjauan. Kami juga bawa anak ke hospital dan doktor kata anak sakit mental,” katanya.

Anak makan mencangkung

Penyakit misteri yang dihidapi anaknya itu semakin teruk apabila mula keluar dari rumah dalam keadaan berbogel pada waktu Maghrib tahun lalu.

Katanya, salah seorang rakan anaknya nampak Mek Yah berjalan berdekatan sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari rumah mereka lalu suaminya segera membawa anak mereka pulang semula.

“Sebelum ini bilik tidurnya tidak berkunci tapi selepas kejadian itu, kami buat bilik khas untuknya dan terpaksa mengurungnya bagi mengelakkannya keluar rumah. Sebagai ibu, luluh hati saya bila terpaksa buat begini. Bahkan ada juga yang mengata kami disebabkan kurung anak tapi ini bukan dengan kerelaan kami,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Dengar benda jatuh

Ketika permulaan Mek Yah sakit, salah seorang anak Nafisah ada mendengar benda jatuh dan berjalan atas bumbung rumah mereka serta sempat melihat benda itu seakan-akan seekor beruk dengan mata merah menyala.

Kata ibu lapan anak ini yang juga bekerja sebagai tukang urut, sejak sakit, Mek Yah juga makan seperti gaya beruk atau mawas dan sejak tiga tahun lalu juga setiap kali buang air besar anaknya itu memijak-mijak najisnya sendiri.

image (1)

“Saya juga pelik kerana walaupun sudah basuh bilik anak dengan sabun, namun bau busuk dan hanyir dalam biliknya anak tetap tidak hilang.

“Dalam keadaan begini, dua anak lelaki saya banyak bantu bila Mek Yah agresif kerana pergerakan suami sudah terbatas sejak potong kaki setahun lebih yang lalu,” katanya.

Kaki suami keluar nanah

Sementara itu, suami Nafisah, Mohamad Embong, 59, berkata, kaki kanannya mula sakit pada akhir 2011 apabila celah ibu jari kaki kanannya bernanah dan kemudiannya pecah.

“Lepas nanah pecah, darah keluar daripada luka nanah berkenaan setiap kali saya bergerak menyebabkan saya tidak boleh banyak bergerak. Darah yang keluar sangat banyak dalam kalau isi dalam plastik, boleh separuh penuh plastik.

“Lama-kelamaan bawah tapak kaki saya pula timbul banyak gelembung dan pecah hingga saya tidak dapat tidur malam sebab sakitnya tak terkata. Selepas itu saya pergi ke klinik dan doktor mengesahkan ada jangkitan kuman lalu dihantar pula ke Hospital Dungun dan selepas enam hari berada di sana doktor potong separuh tapak kaki kanan saya,” katanya.

Menurutnya yang juga peneroka, dalam tempoh tidak sampai seminggu kemudian, tapak kakinya bertukar hitam menyebabkan minggu seterusnya doktor terpaksa memotong kakinya pada paras betis bagi mengelakkan kuman merebak pada 29 Januari tahun lepas.

image (2)

Katanya, selepas dipotong kaki, pergerakannya terbatas dan hanya boleh berjalan di dalam rumah dan sekeliling rumah dengan bertongkat.

“Dalam keadaan penyakit anak makin serius dan saya perlu menjaganya, saya mohon bantuan kaki palsu dengan pelbagai pihak sejak Disember tahun lalu tapi sampai sekarang masih belum mendapat apa-apa jawapan.

“Diharap permohonan kaki palsu saya ini dapat segera diluluskan memandangkan keadaan saya yang amat memerlukannya,” rayunya.

Sementara itu, penderitaan yang dihadapi keluarga Mohamad mendapat perhatian Adun Kemasik yang juga Exco Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman.

Beliau menziarahi keluarga terbabit bersama rombongan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semai Bakti diketuai pengerusinya, Anuar Husain dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Malah, Ir Rosli juga berjanji untuk membantu Mohamad mendapatkan kaki palsu bagi memudahkan pergerakannya.

Dalam pada itu, Nafisah dan Mohamad sekeluarga juga merayu sesiapa yang pandai mengubat penyakit misteri untuk tampil membantu merawat penyakit anak mereka.

Mereka juga memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan membeli sabun dan untuk rawatan anak mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank Mohamad Embong yang bernombor 163082032983 atau boleh menghubungi mereka menerusi talian 019-9703990. – SINAR HARIAN
Read More..

Minggu, 02 Maret 2014

Wanita kencing dalam lift

Seorang wanita yang berusia sekitar 20 tahunan, tertangkap kamera CCTV sedang buang air kecil di dalam sebuah lift apartmen di di  George Town, Penang, Malaysia.

Peristiwa itu, menurut pemberitaan Asiaone.com, terjadi pada 10 Oktober 2012, sekitar pukul 06.07 waktu setempat.

Walau belum mengetahui identiti wanita itu, namun
Setiausaha Komite Bersama Apartmen Sri Saujana, Yeoh Kean Huat, meyakini wanita itu  warganegara  Cina. Menurutnya wanita itu sudah tidak terlihat lagi sejak dirinya tertangkap kamera tengah buang air kecil di dalam lift.

Menurut rakaman CCTV lift, terlihat wanita itu sempat melihat ke arah kamera sebelum melepaskan seluar pendek denimnya untuk buang air kecil.

Ia kemudian menekan beberapa tombol di lift, dan menuju lantai 13 apartmen. Yeoh mengatakan wanita itu tinggal di salah satu unit di tingkat 13 apartmen Sri Saujana.

Walau demikian, pihaknya lanjut Yeoh, tidak akan mengadukan wanita itu kepada polis . "Kami memutuskan untuk tidak melaporkannya ke polis  kerana ini adalah kes pertama sejak kami memasang CCTV itu dua tahun yang lalu," katanya. (asiaone.com)
 
Read More..

Sabtu, 01 Maret 2014

7 Rombongan Iblis Di Saat Sakaratul Maut

Salam semua,




Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.


Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh.

Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya.

Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.

Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya


Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih

"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "

Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata Ente sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada Ente doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.

Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar Ente mati didalam keadaan baik, tahukah Ente bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "

Berkata ulama Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah Ente lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau Ente hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah Ente patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulama palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "

Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.


Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Disebutkan dalam sebuah hadith yang artinya: "Ajarkan oleh Ente (orangyang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.



~sumber~








Read More..