Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Budak lelaki maut dihempap TV



ALOR SETAR – Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.

Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.(kosmo)
Read More..

Selasa, 18 Februari 2014

Lelaki mati dalam pangkuan kekasih


AHAD, 22 APRIL 2012

 Rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Roslan, mangsa ditikam bertubi-tubi.



JOHOR BAHRU - Hajat seorang lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh sehari sebelum majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.40 malam di rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini kelmarin, mangsa Indra Asrul, 29, dan tunangnya yang hanya dikenali sebagai Sharina, 26, pergi ke rumah kedai itu dengan menunggang motosikal untuk mengambil barang-barang mereka di situ.

Cerita Sharina, sebaik sampai di situ, dia dan tunang yang sedang menaiki tangga untuk pergi ke bilik yang disewa tiba-tiba diserang oleh tiga warga asing dipercayai warga Myanmar dengan seorang suspek merupakan seorang wanita.

"Tunang saya mulanya ditumbuk di muka oleh ketiga-tiga suspek itu sebelum salah seorang lelaki yang bersenjatakan sebatang besi bertindak menikam perut tunang saya berkali-kali sebelum mereka melarikan diri.

"Saya memangku Indra yang cedera parah namun dia kemudian meninggal dunia dalam pangkuan saya," ceritanya dengan memberitahu Indra terkena lebih empat tikaman di bahagian perutnya.
Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Jual Makanan Siang Hari 3 Lelaki Ditahan JAIPS

Jual Makanan Siang Hari : 3 Lelaki Ditahan JAIPS

APA untungnya ya?? Menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadan. Kisahnya di Arau, Perlis Tiga lelaki Islam dua penjual dan seorang pembeli ditahan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) ketika sedang sibuk membungkus nasi lemak di dalam sebuah van.
Menurut laporan Harian Metro online, van itu pula sudah diubahsuai di bahagian belakangnya untuk menjadi dapur masakan.
Pada kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kesemua mereka ditahan JAIPS di Taman Seri Intan di Arau selepas didakwa mencemari bulan Ramadan apabila menjual makanan kepada orang Muslim sebelum pukul 2 petang. – Harian Metro
Read More..