Tampilkan postingan dengan label hari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hari. Tampilkan semua postingan

Minggu, 29 Desember 2013

Jual Makanan Siang Hari 3 Lelaki Ditahan JAIPS

Jual Makanan Siang Hari : 3 Lelaki Ditahan JAIPS

APA untungnya ya?? Menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadan. Kisahnya di Arau, Perlis Tiga lelaki Islam dua penjual dan seorang pembeli ditahan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) ketika sedang sibuk membungkus nasi lemak di dalam sebuah van.
Menurut laporan Harian Metro online, van itu pula sudah diubahsuai di bahagian belakangnya untuk menjadi dapur masakan.
Pada kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kesemua mereka ditahan JAIPS di Taman Seri Intan di Arau selepas didakwa mencemari bulan Ramadan apabila menjual makanan kepada orang Muslim sebelum pukul 2 petang. – Harian Metro
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Cerita sebenar mengenai bayi yang ditemui dalam lubang tandas di China beberapa hari lalu


Ibu kepada bayi baru lahir di China yang dibuang ke dalam lubang tandas sebelum terperangkap di dalam saluran paip kumbahan, adalah orang yang mula-mula membuat laporan kejadian itu dan hadir sepanjang usaha menyelamat selama dua jam. Dia bagaimanapun tidak mengaku melahirkan anak sehingga disoal polis, kata satu laporan semalam. Akhbar Dushikuaibao beribu pejabat di Hangzhou berkata, polis mula mengesyaki sesuatu apabila menemui permainan bayi dan tisu tandas dicemari darah dalam bilik yang disewa wanita berusia 22 tahun itu, di dalam bangunan yang menyaksikan usaha menyelamatkan dilakukan di timur China Sabtu lalu.


 Lahir cara rahsia

Wanita itu, yang namanya tidak disiarkan dalam laporan media, mengaku apabila polis meminta beliau menjalani pemeriksaan kesihatan. Dia memberitahu polis tidak mampu melakukan pengguguran dan melahirkan bayi itu secara rahsia tengah hari Sabtu lalu di dalam tandas. Katanya, beliau cuba menyambut bayi itu tetapi terlepas ke dalam saluran kumbahan dan memberitahu tuan rumah mengenai bayi itu selepas tidak dapat menariknya keluar, menurut akhbar Zhezhong News. Bayi dapat sumbangan Video usaha menyelamat Baby No 59, yang diberi nama itu sempena nombor inkubatornya di hospital disiarkan di dalam program berita dan laman web bermula lewat Isnin lalu sebelum disiarkan di seluruh dunia menyebabkan sumbangan untuknya mencurah-curah. Pengakuan si ibu meningkatkan persoalan mengenai sama ada beliau memang berniat membuang bayi itu, manakala yang lain menyatakan wanita itu terdesak dan tidak tahu apa hendak dilakukan.


Ibu tak didakwa

Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, kejadian yang berlaku adalah satu kemalangan dan ibu bayi itu tidak akan didakwa. Zhezhong News melaporkan, wanita itu adalah lepasan sekolah tinggi yang bekerja di sebuah restoran di bandar raya Jinhua. Beliau hamil selepas cuma semalam meniduri seorang lelaki yang kemudian enggan bertanggungjawab. Wanita berkenaan tidak memberitahu kehamilan itu kepada ibu bapanya. Beliau juga berkata mahu membela bayi itu tetapi tidak tahu caranya. - AFP
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Sami Buddha Hidup Dan Makan Bersama Harimau Setiap Hari



Sami Buddha Theravada ini tinggal di kuil dalam sebuah hutan terpencil di daerah Saiyok wilayah Kanchanaburi, Thailand yang berhampiran sempadan dengan Myanmar..

Haiwan ini dipercayai harimau belang Indochina.. Sami-sami Buddha ini percaya harimau-harimau disini merupakan generasi penganut agama Buddha Theravada yang lalu dan mereka menganggap harimau ini sebagai haiwan suci.. 

Harimau memang dikenali sebagai pemangsa yang sengit di dalam hutan..Walaubagaimanapun, hidup harimau di kuil ini yang berkeliaran kelihatan bebas dengan berinteraksi dengan pelancong yang datang untuk melawat selain haiwan liar ini juga kelihatan jinak ketika berkongsi makan dengan sami-sami ini.. 

Hari ini, bilangan harimau yang tinggal di kuil ini telah meningkat kepada lebih dari 100 ekor dan bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat harimau berkongsi makan dengan sami atau berjalan di sepanjang masa bersama sami Buddha di kuil tersebut.. 







Read More..