Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 28 Desember 2013
Cerita sebenar mengenai bayi yang ditemui dalam lubang tandas di China beberapa hari lalu

Ibu kepada bayi baru lahir di China yang dibuang ke dalam lubang tandas sebelum terperangkap di dalam saluran paip kumbahan, adalah orang yang mula-mula membuat laporan kejadian itu dan hadir sepanjang usaha menyelamat selama dua jam. Dia bagaimanapun tidak mengaku melahirkan anak sehingga disoal polis, kata satu laporan semalam. Akhbar Dushikuaibao beribu pejabat di Hangzhou berkata, polis mula mengesyaki sesuatu apabila menemui permainan bayi dan tisu tandas dicemari darah dalam bilik yang disewa wanita berusia 22 tahun itu, di dalam bangunan yang menyaksikan usaha menyelamatkan dilakukan di timur China Sabtu lalu.
Lahir cara rahsia
Wanita itu, yang namanya tidak disiarkan dalam laporan media, mengaku apabila polis meminta beliau menjalani pemeriksaan kesihatan. Dia memberitahu polis tidak mampu melakukan pengguguran dan melahirkan bayi itu secara rahsia tengah hari Sabtu lalu di dalam tandas. Katanya, beliau cuba menyambut bayi itu tetapi terlepas ke dalam saluran kumbahan dan memberitahu tuan rumah mengenai bayi itu selepas tidak dapat menariknya keluar, menurut akhbar Zhezhong News. Bayi dapat sumbangan Video usaha menyelamat Baby No 59, yang diberi nama itu sempena nombor inkubatornya di hospital disiarkan di dalam program berita dan laman web bermula lewat Isnin lalu sebelum disiarkan di seluruh dunia menyebabkan sumbangan untuknya mencurah-curah. Pengakuan si ibu meningkatkan persoalan mengenai sama ada beliau memang berniat membuang bayi itu, manakala yang lain menyatakan wanita itu terdesak dan tidak tahu apa hendak dilakukan.

Ibu tak didakwa
Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, kejadian yang berlaku adalah satu kemalangan dan ibu bayi itu tidak akan didakwa. Zhezhong News melaporkan, wanita itu adalah lepasan sekolah tinggi yang bekerja di sebuah restoran di bandar raya Jinhua. Beliau hamil selepas cuma semalam meniduri seorang lelaki yang kemudian enggan bertanggungjawab. Wanita berkenaan tidak memberitahu kehamilan itu kepada ibu bapanya. Beliau juga berkata mahu membela bayi itu tetapi tidak tahu caranya. - AFP
Rabu, 18 Desember 2013
Lagi bayi lahir dengan kantung air Menakjubkan
18 Mac 2013
![-Like page @[325406010885846:274:Beutskin Essence]- sangat menakjubkan bila seorang doktor dari Greek, Dr. Aris Tsigris telah mengeluarkan seorang bayi yang masih dalam kantung air ketuban (amniotic fluid).. Menurut Dr. Aris Tsigris, perkara ini jarang2 berlaku. dan yang paling menakjubkan ialah bayi ini tidak sedar bahawa dia telah di lahirkan di dunia. dia seolah-olah berasa masih berada di dalam rahim ibunya. dia tidak lemas sehinggalah kantung air ketuban itu ditanggalkan. dan bayi ini terus bernafas](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/254932_10151409481479272_1115533941_n.jpg)
Sangat menakjubkan bila seorang doktor dari Greek, Dr. Aris Tsigris telah mengeluarkan seorang bayi yang masih dalam kantung air ketuban (amniotic fluid)..
Menurut Dr. Aris Tsigris, perkara ini jarang2 berlaku. dan yang paling menakjubkan ialah bayi ini tidak sedar bahawa dia telah di lahirkan di dunia. dia seolah-olah berasa masih berada di dalam rahim ibunya. dia tidak lemas sehinggalah kantung air ketuban itu ditanggalkan. dan bayi ini terus bernafas
Sangat menakjubkan bila seorang doktor dari Greek, Dr. Aris Tsigris telah mengeluarkan seorang bayi yang masih dalam kantung air ketuban (amniotic fluid)..
Menurut Dr. Aris Tsigris, perkara ini jarang2 berlaku. dan yang paling menakjubkan ialah bayi ini tidak sedar bahawa dia telah di lahirkan di dunia. dia seolah-olah berasa masih berada di dalam rahim ibunya. dia tidak lemas sehinggalah kantung air ketuban itu ditanggalkan. dan bayi ini terus bernafas
Langganan:
Postingan (Atom)